Pernah dengar saham Solarvest?
1. Solarvest Energy Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat tenaga solar yang ada di Malaysia. Syarikat ini juga telah tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun lalu.
2. Bila beli saham $Solarvest setahun yang lalu dan peram sehingga sekarang, dapatlah 148.8%. Banyak sangat ke tu?
3. Saya nak tunjuk pula harga saham $Solarvest pada tahun ini
Mac 2020 - RM0.68
Jun 2020 - RM1.60
September 2020 - RM1.30
Harga saham $Solarvest setakat 16/12/2020 ialah - RM2.04
4. Bila beli saham $Solarvest tahun lepas pada Disember 2019, iaitu pada harga RM0.82.
Pulangan (ROI) = Harga akhir (harga jual) - harga awal (harga beli)
RM2.04 - RM0.82 = RM1.22
Peratus pulangan = pulangan/harga awal x 100
RM1.22/RM0.82 x 100 = 148.8%
148.8% dalam setahun.
Memang magic.
Alhamdulillah....
Itu pun jika anda simpan sehingga hari ini. Ini sekadar contohhhh sahaja. Saya tak suruh pun anda beli.
Sebenarnya, bukan mudah nak dapat ROI lebih dari 100 % tetapi tiada apa yang mustahil jika pandai pilih syarikat yang baik dan bertindak mengikut ilmu.
Terbaru, ada 715 saham syarikat patuh syariah yang boleh kita pilih. Tapi pastikan anda kaji dulu sesebuah syarikat sebelum melabur. Jangan main terjah sahaja.
Belajarlah cari peluang yang Sah, Mudah, Selamat dan Patuh Syariah di pasaran saham Bursa Malaysia.
Bukan apa.. Dah nak masuk tahun baru, inilah masa untuk kita menambah baik ekonomi diri.
Mulakan sekarang.
Man Jadda Wajada.
Daftar segera di > bit.ly/WebinarLaburSahamXTENDED
(Disclaimer: Posting ini adalah contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
#MentorSaham
#SahamIsCool